Gagal di Arau, kaut di Alor Setar

0
28

CYBERJAYA 3 Dis. – Video tular dalam laman sosial mengenai rompakan di sebuah kedai emas di Mengkudu, Alor Setar, Kedah semalam rupanya gagal melakukan jenayah sama sebelum ini di Arau, Perlis.

Memetik portal Rakyat Today seperti dipetik portal Berita Harian, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, seorang lelaki bersenjatakan senapang menyerbu masuk ke premis tersebut sebelum memecahkan cermin rak pameran.

Individu tersebut sebelum itu dikatakan melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Kompleks Perniagaan Chin Hin, Arau kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Bagaimanapun semasa melakukan rompakan di kedai emas Arau itu, lelaki berkenaan difahamkan gagal melarikan barangan di premis tersebut meskipun sudah memecahkan cermin pameran barangan emas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here