Kontrak Kim Swee tidak disambung

0
24

CYBERJAYA 5 Dis. – Kegagalan melepasi peringkat kumpulan Sukan SEA terpaksa dibayar harga mahal oleh pengendali skuad bawah 22 (B-22), Datuk Ong Kim Swee apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika mengesahkan perkara itu berkata, kontrak semasa pengendali dari Melaka itu akan tamat hujung bulan ini namun FAM bercadang untuk terus mengekalkan Kim Swee dalam sistem bola sepak negara.

Menurutnya, FAM tidak boleh menafikan sumbangan dan jada pengendali berkenaan dan oleh sebab itu langkah untuk mengekalkan Kim Swee dalam sistem bola sepak negara adalah wajar.

“Kontraknya bersama skuad bawah 22 tidak akan disambung. Dalam masa sama FAM begitu menghargai pengalaman dan ilmu yang dimiliki Kim Swee.

“Kita jangan lupakan sumbangannya kepada bola sepak Malaysia dan juga buat FAM. Kita tidak akan lupa semua itu dan mungkin ada tempat lain (untuk Kim Swee) dalam struktur bola sepak negara.

“Kita mahu terus manfaatkan pengalaman dan ilmu dimilikinya,” katanya.

Dalam temasya Sukan SEA, kemaraan skuad Malaysia berakhir selepas hanya mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Pada aksi pembukaan Malaysia seri dengan Myanmar 1-1, perlawanan kedua kalah kepada tuan rumah Filipina 0-1, perlawanan ketiga menang ke atas Timor Leste 4-0 sebelum diaibkan oleh Kemboja 1-3 dalam perlawanan terakhir. – #MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here