SC lancar SRI Roadmap untuk pasaran modal

0
37

CYBERJAYA 27 Nov. – Roadmap PelaburanMapan dan Bertanggungjawab untuk Pasaran Modal Malaysia (SRI Roadmap) telah dilancarkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang bertujuan mewujudkan ekosistem SRI.

Ini bagi memudah cara dan memacu peranan pasaran modal dalam meningkatkan pembangunan mapan Malaysia.

Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, kemapanan adalah agenda global utama bagi menangani isu-isu terkini yang mempengaruhi masyarakat seperti membanteras kemiskinan, menyediakan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan serta menangani perubahan iklim.

“Pasaran modal dapat memainkan peranan penting untuk menangani jurang ini terutama dalam sektor hijau, sosial dan mapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dianggarkan bahawa dalam tempoh 10 tahun akan datang, dunia memerlukan kira-kira AS$5 hingga AS$7 trilion setiap tahun untuk membiayai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu manakala di Malaysia, dalam jangkaan tempoh lima tahun akan datang, pasaran memerlukan RM45 bilion untuk membiayai matlamat pembangunan jangka panjang.

Untuk mencapai tujuan ini, SRI Roadmap lima tahun ini telah mengenal pasti 20 cadangan strategik untuk memacu pembangunan ekosistem SRI yang memudah cara dan bersemangat dan meletakkan Malaysia sebagai pusat SRI di rantau ini.

Ini termasuk meluaskan pelbagai instrumen SRI, meningkatkan asas pelabur SRI, membina asas penerbit SRI yang kuat, menanamkan budaya tadbir urus dalaman yang kuat, dan mereka bentuk seni bina maklumat dalam ekosistem SRI. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here