Sukan SEA Filipina: Keadaan pusat media menyedihkan

0
50

CYBERJAYA 25 Nov. – Menyedihkan.

Itu yang mampu diungkapkan sempena temasya Sukan SEA Filipina 2019 apabila tersebar gambar keadaan bilik pusat media untuk sukan bola sepak yang belum siap walaupun acara tersebut bermula hari ini.

Memetik portal Perak Gazzette, beberapa gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan keadaan bilik pusat media yang biasanya diadakan sidang akhbar selepas sesuatu perlawanan bola sepak.

Pusat media berkenaan dikatakan di Stadium Rizal Memorial di Manila yang disifatkan amat menyedihkan.

Gambar yang tular hari ini menunjukkan kemudahan disediakan dalam pusat media itu cumalah kerusi plastik dan beberapa buah meja.

Sudahlah begitu, dinding bangunannya juga tidak disiap sehinggakan bata pada dinding bangun bilik pusat media jelas kelihatan.

Berdasarkan gambar yang tular, terdapat beberapa wartawan yang tetap menggunakan bilik pusat media tersebut. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here