Untuk golongan bujang berjiwa kental

0
29

CYBERJAYA 25 Nov. – Kehidupan di ibu kota agak mencabar terutama bagi golongan bujang lelaki dan wanita untuk mencari tempat berteduh ketika mula bekerja di sana.

Seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Helmi Hamid memberitahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perumahan bandar bagi golongan berkenaan yang mengenakan bayaran RM100 sebulan.

Menurutnya, perumahan disediakan pihak berkuasa tempatan itu seperti sebuah asrama yang mempunyai dua blok berasingan iaitu lelaki dan wanita.

“Kenapa untuk yang ‘berjiwa kental’ Sebab konsep Perumahan Bandar DBKL ini macam asrama, ada blok Belia dan Beliawanis. Tandas, ‘pantry’ ruang rehat adalah dikongsi bersama.

“Bilik disediakan satu ‘level’ ada lebih kurang enam blok, satu blok ada empat atau enam katil dab masih dalam pembinaan,” katanya menerusi ciapan yang dimuat naik semalam.

Status tersebut mendapat lebih 7,087 ulang kicau dan 6,145 tanda suka.

Tambah helmi, perumahan itu berdekatan stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek yang memerlukan mereka berjalan kaki selama dua minit, Masjid Jamek (empat minit) dan Perpustakaan DBKL (sembilan minit).

Namun katanya, ketika masih dalam pembinaan terdapat bunyi bising, kadang kala tiada air tetapi keadaannya adalah baik.

“Sesuai dan selesa lah untuk yang bujang pergi kerja pagi, balik kerja petang untuk rehat, tidur. Nak ke masjid pun senang,” katanya.

Jelasnya, dia antara terawal daftar masuk di perumahan bandar tersebut dan selama dua minggu tinggal seorang di situ.

“Pengawal keselamatan ada siang malam dan semua pintu guna kad akses. Selamat Insya-Allah,” katanya. – MT

Bagi mereka yang mahu menginap di situ boleh layari laman web www.eperumahan.dbkl.gov.my – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here