[VIDEO] ADAB Reset pupuk jatidiri pelajar Brainy Bunch

0
163
Mohd Fadzil Hashim (tengah) bersama pengurusan dan tenaga pengajar Kem Eco Milenium serta Brainy Rangers selepas program ADAB Reset yang berakhir hari ini di Beranang, Semenyih Selangor.

BERANANG – Para pelajar Sekolah Tinggi Brainy Bunch yang mengikuti program ADAB Reset di Kem Eco Milenium di sini disifatkan berjaya pupuk nilai-nilai jati diri dalam diri mereka.

Komandan Kem Eco Millenium, Meor Ezree Syazrin berkata,  sepanjang 11 hari termasuk melibatkan pelajar berusia 7 hingga 17 tahun itu didedahkan dengan modul-modul terbaik Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Tambahnya, pengenalan modul-modul PLKN itu dapat membentuk pelajar menjadi pemimpin masa depan selain duta ADAB kepada masyarakat luar.

“ Ini adalah projek perintis kerana pada Jun tahun lalu apabila saya dengan Coach Fadzil (Pengasas Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim) merangka strategi pembangunan belia menggunakan kem PLKN yang dimansuhkan.

“Paling menarik sepanjang tempoh itu pelajar diberi cabaran keluar daripada zon selesa termasuk ibu bapa yang selama ini tidak pernah meninggalkan anak-anak selama beberapa hari,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut hari ini.

Meor Ezree menambah, selain pelajar berjaya melepasi halangan, mereka akan meneruskan program itu di sekolah selama 37 hari. – MT

Ditanya adakah program itu akan dibuka kepada umum, katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Brainy Rangers untuk menggerakkan program itu kepada belia pada masa depan.  – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here