Aplikasi MenThor bantu usahawan

0
68

CYBERJAYA 6 Jan.- Aplikasi baharu iaitu MenThor yang dibangunkan khas dapat bantu usahawan elak buat kesilapan besar dalam perniagaan bakal diperkenalkan pada 25 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, MenThor Asia, Aizzuan M. Ali berkata, aplikasi khas itu merupakan platform pembelajaran mentoring dan coaching pertama mengikut konsep microlearning.

Beliau berkata, platform pembelajaran itu menggunakan video-video khusus berkaitan bisnes seperti keusahawanan, pemasaran, jualan, kepimpinan dan banyak lagi.

“Aplikasi itu ditampilkan dalam bentuk minimum viable product (MVP) bagi fasa pertama dengan pembelajaran video online.

“Kebanyakan orang ramai dan usahawan biasanya mendapat ilmu perniagaan seperti strategi pemasaran dengan hadir ke seminar-seminar, bengkel dan mendapatkan melalui carian internet.

“Bagi carian internet, terdapat lambakan maklumat dengan 1,001 jawapan berkaitan yang kita tak tahu adakah ia betul-betul berkesan dan tepat malah mungkin ada yang mengelirukan.

“Sebab itu, kami hasilkan aplikasi MenThor untuk bantu orang ramai saring ilmu bisnes daripada hanya mentor-mentor yang terbukti berkesan dalam transformasi anak didik mereka,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Aizzuan, untuk permulaan aplikasi itu akan menampilkan seorang mentor bisnes terkemuka yang telah melahirkan ratusan ribu usahawan malah mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama katanya, akan ada lagi mentor-mentor dari dalam mahupun luar negara untuk terlibat sama membantu usahawan ketika keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

“Industri latihan, bimbingan dan pementoran perniagaan dijangka bakal berevolusi kerana orang ramai dapat menggunakan MenThor sebagai platform untuk akses kepada ilmu dan pengalaman mengenai bidang keusahawanan.

“InsyaAllah, fasa akhir pembangunan MenThor akan selesai pada penghujung 2020, bimbingan dan pementoran secara berkumpulan atau individu boleh dilakukan secara terus dalam aplikasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aizzuan memberitahu, zaman persaingan dalam industri latihan, bimbingan dan pementoran dilihat sudah berlalu yang mana kini pemain-pemain industri perlu berkolaborasi untuk memberikan nilai tambah dan pemerkasaan kepada orang ramai.

Untuk mengikuti perkembangan MenThor Asia, orang ramai boleh mengikuti menerusi akaun facebook MenThor dan Instagram menthor.asia atau ke laman web www.menthor.asia.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here