Dua NGO bincang perkasakan BMF

0
46

Dari kiri, Sharaimie Shaik Ahmedulullah, Mohd. Fairuz Yusof, Imran Harith Azmy, Mohd. Izzat Johari, Syed Kamarulzaman Syed Abdullah dan Norden Mohamed bergambar di pejabat Malakat Tribune dan MBN di Raudhah City, Cyberjaya hari ini. – MT

RAUDHAH CITY 2 Jan. – Isu-isu yang akan dibawa oleh dua portal berita iaitu Malakat Tribune dan Melayu Bangkit News (MBN) berkaitan ekonomi umat Islam dan Buy Muslim First (BMF) mendapat perhatian dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan kunjungan ke pejabat kedua-dua portal itu di sini hari ini.

Kunjungan itu diketuai Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari; Ahli Jawatankuasa BMF Pembela, Syed Kamarulzaman Syed Abdullah dan Aktivis Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Imran Harith Azmy.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengarang MBN, Norden Mohamed; Pengarang Malakat Tribune, Mohd. Fairuz Yusof dan Penolong Pengarangnya, Sharaimie Shaik Ahmedulullah.

Pertemuan itu bertujuan mengenali lebih dekat barisan pengarang dan wartawan selain mengetahui tentang perjalanan kedua-dua portal tersebut.

Pelbagai topik dibincangkan termasuk memperkasakan ekonomi umat Islam selain memperkenalkan lebih banyak produk yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim dalam media sosial.

Dalam pertemuan tersebut, satu kerjasama akan diadakan bagi meluaskan lagi kempen BMF dan produk Muslim ke tahap yang lebih tinggi. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here