FRIM anjur larian Forest Heritage Run pada 7 Mac

0
70
Keindahan hutan FRIM yang menarik ribuan pelawat setiap hujung minggu,

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan ‘Forest Heritage Run @ FRIM 2020 pada 7 Mac (Sabtu) ini.

Larian dianjur bersempena sambutan Hari Antarabangsa Hutan 2020 (IDF 2020) itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan memberi peluang kepada orang ramai menikmati suasana hutan FRIM.

“Selaras dengan tema IDF iaitu Hutan dan Biodiversiti, peserta berpeluang meneroka denai dan menikmati keindahan hutan buatan manusia FRIM yang kaya dengan flora dan fauna.” kata FRIM dalam satu kenyataan di sini.

Larian tersebut dibahagikan kepada 3 kategori iaitu 3 kilometer dengan bayaran RM40, 5 km (RM40) dan 10 km (RM50).

Pendaftaran akan bermula pada 15 Januari dan orang ramai boleh mendapatkan kemas kini maklumat mengenai acara itu melalui laman facebook FRIM. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here