Pencipta watak Usop Sontorian meninggal dunia

0
58

Allahyarham Kamarudin Ismail terkenal dengan watak animasi Usop Sontorian dan Kluang Man yang menjadi fenomena sekitar 1990an.

CYBERJAYA 8 Dis. – Pencipta watak kartun animasi terkenal era 1990an, Usop Sontorian dan Kluang Man; Kamarudin Ismail@Kamn Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung pukul 4.15 petang hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini.

Allahyarham yang juga bekas Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas) meninggal dunia selepas dua bulan di rawat di PPUM.

Menerusi satu kenyataan yang dipetik dalan laman Facebook Animas, sepanjang penglibatan dalam animasi, Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

Kartun Usop Sontorian pernah menjadi kegilaan kanak-kanak sekitar 1990an

“Pada 1997 beliau mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

“Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melaui animasi Kumang Legenda Sarawak dan animasi Legenda Kinabalu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, pada 1 April tahun lalu, Allahyarham juga dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara oleh Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas. – #MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here