Pendaftaran subsidi petrol M40 dijangka awal suku kedua 2020

0
30

SHAH ALAM – Pendaftaran subsidi petrol bagi isi rumah kumpulan berpendapatan sederhana (M40) dijangka dibuka pada awal suku kedua tahun ini kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kementeriannya dan Kementerian Kewangan sedang mengkaji mekanisme yang lebih sesuai untuk menyalurkan subsidi berkenaan kepada penerima M40 sama ada melalui kad atau tunai.

“Data untuk penerima bagi golongan B40 kami telah lengkapkan dan kaedah yang sesuai bagi pengagihan subsidi merupakan antara yang sedang dibincangkan oleh kedua-dua kementerian, bila program subsidi ini dilaksanakan kelak.

“Pada ketika sama KPDNHEP menjalankan kajian untuk B40 (dan) berpendapat sumbangan tunai untuk pengagihan subsidi adalah lebih cekap berbanding kaedah lain, jadi dengan penangguhan (pelaksanaan subsidi) ini, ia memberi peluang kepada kedua-dua kementerian untuk mencapai satu keputusan sama,” katanya memetik laporan Bernama pada Kejohanan Bola Sepak Perpaduan Piala Khalid Samad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, program subsidi petrol dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengelakkan subsidi berkenaan digunakan oleh golongan mewah dan warga asing.

“Rakyat perlu memahami bahawa kebaikan pelaksanaan petrol subsidi ini adalah kita ambil subsidi yang dinikmati oleh orang berada, orang kaya atau warga asing yang tinggal di negara kita dan beri kepada golongan yang layak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here