Anwar hadir solat Jumaat di Masjid Al Ubudiah

0
76

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluang masa menunaikan solat hajat bersama jemaah selepas solat Jumaat di Masjid Al Ubudiah, Bukit Segambut di sini.

Beliau sempat beramah mesra dengan orang ramai sebelum berjalan kaki menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari masjid berkenaan.

Anwar kemudian dilihat meninggalkan kediamannya pada pukul 2.44 petang dipercayai menuju ke Eastin Hotel, Petaling Jaya untuk menghadiri mesyuarat bersama para pemimpin Pakatan Harapan. -MT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here