Bilangan mangsa Coronavirus kini mengatasi SARS

0
75

CYBERJAYA – Jumlah kematian akibat jangkitan Novel Coronavirus di seluruh dunia kini mengatasi jumlah mangsa yang maut akibat SARS kira-kira 17 tahun lalu.

Agensi berita antarabangsa CNN semalam melaporkan jumlah kematian akibat jangkitan Coronavirus di seluruh dunia kini meningkat kepada 910 seperti mana disahkan kerajaan China.

Dalam pada itu agensi berita Xinhua melaporkan kerajaan China memperuntukkan dana fiskal sebanyak 71.85 bilion yuan (US$3.3 bilion) bagi mengawal penularan wabak itu,

Sehingga pukul 6 petang Sabtu, sebanyak 31.55 bilion yuan telah dibelanjakan, kata Menteri Kewangan, Liu Kun.

Liu berkata langkah-langkah pengawasan perlu diperkukuh untuk memastikan dana itu benar-benar disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Pihak berkuasa pusat fiskal akan terus menjalankan dasar untuk menyokong usaha memerangi wabak penyakit itu,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here