Coronavirus: Mesej Perdana Menteri Singapura dalam bahasa Melayu terima pujian ramai

0
446
Perdana Menteri Singapura tampil pertama kali selepas dua minggu coronavirus menular di Singapura

CYBERJAYA – Penampilan kali pertama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di media massa dan media sosial bagi memberi nasihat kepada rakyat negara tersebut mengenai ancaman wabak coronavirus menarik perhatian banyak pihak.

Hsien Loong yang menyampaikan mesej tersebut dalam tiga bahasa utama di Singapura iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Mandarin menasihatkan supaya setiap penduduk di Singapura bertenang ketika berhadapan dengan ancaman coronavirus yang semakin menular di negara tersebut.

Paling mencuri tumpuan ramai ialah mesej beliau dalam bahasa Melayu yang sangat fasih, lancar dan jelas sehingga menerima banyak komen positif daripada pembaca termasuk dari Malaysia.

Keputusan Singapura menaikkan tahap penilaian risiko penularan coronavirus daripada kuning kepada jingga telah mencetuskan panik

Dalam pada itu, Hsien Loong dalam mesejnya meminta seluruh rakyat Singapura supaya tidak cemas dan mencetuskan suasana panik terutamanya apabila kerajaan Singapura meningkatkan penilaian risiko penularan coronavirus daripada kuning kepada jingga.

“Saya faham perasaan takut dan cemas orang ramai tetapi kadangkala perasaan begitu lebih bahaya daripada virus itu sendiri. Ia boleh menyebabkan panik dan orang ramai membeli pelitup dan makanan secara berlebihan.

“Singapura ada bekalan yang mencukupi dan pasar raya di seluruh negara sudah pun diisi semula. Anda tidak perlu panik dan menyimpan stok mi segera atau beras seperti yang dilakukan sesetengah penduduk semalam,” katanya.

Sementara itu, beliau juga meminta seluruh rakyat Singapura untuk kekal bersatu hati dan cekal mengatasi wabak ini tersebut.

“Ramai di antara kita sudahpun membantu satu sama lain. Syabas! Ini harus diteruskan. Yang paling penting, kita harus tenang dan teruskan dengan kehidupan kita,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here