Covid-19: Golongan dewasa lebih berisiko daripada kanak-kanak

0
48
Seorang petugas kesihatan sedang mengawasi pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di sebuah hospital di China. – AGENSI

CYBERJAYA – Covid-19 hanya menyebabkan ‘demam biasa’ pada empat daripada lima menghidapnya, dengan risiko kematian meningkat bagi yang lebih berumur.

Menurut portal berita The Guardian, para pakar Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang kini giat mengkaji coronavirus berkenaan, sudah mula memahami bagaimana virus tersebut bertindak terhadap sel badan manusia.

“Pada waktu ini, Covid-19 kelihatan tidak terlalu berbahaya seperti coronavirus yang lain, seperti Sars dan Mers,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Tedros berkata, rumusan ini ditemukan hasil analisis data yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa China berkenaan 44,000 kes jangkitan Covid-19 di wilayah Hubei, lokasi wabak tersebut mula dikesan.

“Lebih daripada 80 peratus pesakit hanya demam biasa dan akan pulih, diikuti 14 peratus yang akan mengalami demam teruk bersama pneumonia dan nafas yang singkat.

“5 peratus lagi akan mengalami demam yang kritikal termasuk kegagalan sistem respiratori, kejutan septik dan kegagalan organ, manakala 2 peratus lagi akan berakhir dengan kematian,” kata Tedros.

Covid-19 yang setakat ini telah meragut nyawa hampir 1,800 pesakit di China, juga didapati lebih berbahaya kepada orang dewasa berbanding kanak-kanak, dengan risiko kematian lebih tinggi bagi yang berumur.

Tambah Tedros, para pakar WHO sedang giat menjalankan kajian bagi lebih memahami perlakuan coronavirus ini dan mencari vaksin bagi merawat pesakitnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here