Insiden amuk di Korat di siar di media sosial

0
323
Tangkap layar dari kamera litar tertutup menunjukkan Koperal Jakrapanth Thomma yang lengkap bersenjata sedang berlegar di pusat mwmbeli belah Terminal 21 di Korat, Thailand.

CYBERJAYA – Seorang anggota tentera Thailand dilaporkan melepaskan tembakan secara rambang di bandar Nakhon Ratchasima, hari ini.

Menurut portal berita Sputnik News, sebelum kejadian, lelaki itu terlebih dahulu menembak mati komandernya dan dua lagi individu di kem dia ditempatkan.

Jumlah mangsa belum disahkan oleh pihak berkuasa, namun media tempatan melaporkan, seramai 12 orang terbunuh dengan sekurang-kurangnya 20 lagi cedera.

Sementara itu, menurut portal Thaiger.com, lelaki tersebut yang dikenal pasti sebagai Koperal Jakrapanth Thomma turut memuat naik gambar dan melakukan siaran langsung serangan tersebut dalam akaun media sosialnya.

Cubaan untuk mengakses akaun media sosialnya, gagal kerana telah dinyahaktifkan oleh pengendalinya.

Ketika ini, operasi memburu Thomma sedang dijalankan oleh pihak tentera, dan operasi tertumpu di pusat beli belah Terminal 21, lokasi di mana Thomma dipercayai bersembunyi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here