Istana Negara tenang, anggota media masih menunggu

0
31

KUALA LUMPUR – Suasana di Istana Negara tenang, dengan kumpulan wartawan dilihat masih berkumpul di luar istana.

Walaupun proses ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong sudahpun selesai semalam, para petugas media masih berkumpul di sini bagi mendapatkan sebarang perkembangan terbaharu terutamanya mengenai keputusan pihak istana mengenai krisis kepimpinan yang melanda negara.

Sepanjang dua hari lepas, seramai 221 ahli Parlimen telah ditemu bual oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memilih individu yang disokong sebaga perdana menteri.

Sesi tersebut tamat semalam kira-kira pada pukul 4.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here