Mini Raudhah Grocer di masjid Terengganu

0
92

CYBERJAYA – Kempen Buy Muslim First (BMF) terus disemarakkan apabila mini Raudhah Grocer yang menjual pelbagai produk Muslim ditempatkan di masjid-masjid sekitar Terengganu.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Noor Izzat Johari berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya membentangkan ‘roadmap’ kempen BMF kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda di Kuala Terengganu, semalam.

Tambah beliau, dalam pertemuan itu pihaknya akan menjalinkan kerjasama Jelajah Karnival BMF Terengganu ke setiap daerah negeri itu.

“Selain itu mini Raudhah Grocer akan diwujudkan di masjid-masjid yang sesuai di negeri tersebut. Buat permulaan empat masjid telah dinamakan bagi tujuan pelaksanan projek perintis itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Noor Izzat yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, mesyuarat seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat bagi tujuan pembentangan pelaksanaan projek itu nanti.

“Saya menyeru kepada semua pejuang-pejuang BMF terutamanya orang Terengganu untuk memberi sokongan padu dan sebagai tanda semangat BMF kita dalam merealisasikan gelombang kebangkitan ekonomi Islam,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here