Penularan wabak COVID-19 berakhir April ini?

0
70

BEIJING – Penularan wabak COVID-19 dijangka berakhir menjelang April depan kata seorang pakar perubatan China, Dr. Zhong Nanshan.

Memetik berita Agensi, Dr. Nanshan meruapakan seorang pakar perubatan yang dihormati dalam bidang COVID-19 optimis masalah yang membelenggu dunia ketika ini bakal berakhir dalam tempoh dua bulan lagi.

Dakwaan pakar perubatan itu bersandarkan penurunan drastik jumlah kes baharu di bandar Wuhan dan Wilayah Hubei sejak seminggu lalu.

Dr. Nanshan berpendapat, Februari merupakan bulan paling penting dan menjadi kemuncak kepada penularan wabak berkenaan sebelum beransur pulih.

Bagaimanapun, dakwaan pakar perubatan itu mendapat kritikan beberapa pakar lain yang menyifatkannya terlalu optimistik.

Seorang profesor dari sebuah sekolah perubatan di Norwich, England, Paul Hunter menyatakan, memang terdapat bukti beberapa bahagian di negara tembok besar itu mengalami penurunan kes baharu.

“Walaupun trend semasa amat menggalakkan, namun saya akan terkejut jika ia mampu berakhir tahun ini,” ujarnya.

Para saintis di seluruh dunia kini berlumba-lumba membangunkan vaksin COVID-19, tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan masa diperlukan untuk menghasilkannya memakan masa kira-kira 18 bulan.

Menurut WHO, cara paling berkesan menghalang jangkitan adalah mengamalkan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan dengan sabun dan air secara kerap.

Selain, menggunakan pencuci tangan, menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

WHO juga meminta orang ramai untuk tidak berhubung dengan pesakit dan segera mendapatkan rawatan awal sekiranya berdepan masalah demam, batuk atau kesukaran untuk bernafas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here