Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 2 Mac

0
74

PUTRAJAYA – Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini, perkara itu disahkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof.

Mohamad Arif dalam kenyataannya berkata, beliau ada menerima surat pemakluman memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Interim.

Katannya, surat berkenaan memaklumkan kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada hari ini Isnin, 2 Mac.

“Namun demikian, saya dapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Mengikut peraturan itu, pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Setakat ini tiada notis dikeluarkan.

“Saya juga berpandangan, bahawa keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pemilihan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh yang demikian, Mohamad Ariff memutuskan tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Mac ini.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here