UMNO gesa ahli Parlimen tolak pilih PM ke-8

0
358

KUALA LUMPUR – Semua ahli Parlimen diajak menolak sidang khas Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan pemilihan Perdana Menteri Baharu.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

“Semua ahli Parlimen mesti berkata ‘tidak’ kepada sidang 2 Mac yang diumumkan oleh Perdana Menteri Interim. Ia tidak selaras dengan Perlembagaan, tidak mengikut prosedur dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong,” ciapan beliau dalam akaun Twitter tersebut.

Semalam dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Annuar berkata, UMNO akan menunggu kenyataan rasmi dari Istana Negara mengenai Sidang Dewan Rakyat yang akan mengundi bakal Perdana Menteri ke-lapan 2 Mac ini.

Tambahnya, walaupun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi parti itu menunggu kenyataan rasmi dari Istana Negara.

Terdahulu, Dr. Mahathir berkata, semua ahli Parlimen seramai 222 orang akan mengundi bakal Perdana Menteri kelapan pada 2 Mac ini di Dewan Rakyat.

Menurut Dr. Mahathir, tidak ada mana-mana pihak memperoleh sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri kelapan pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama dua hari di Istana Negara. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here