7 makanan tingkat imunisasi badan

0
105

SALAH satu perkara yang perlu diketahui dan diberi perhatian dalam usaha meningkatkan keupayaan diri melawan virus Covid-19 adalah meningkatkan daya imunisasi badan.

Tanpa ketahanan tubuh yang baik, sesiapa sahaja terdedah kepada jangkitan virus. Bagi memastikan sistem pertahanan badan kekal kebal, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.

Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan sihat yang berkhasiat menjadikan sistem imunisasi lebih kebal.

  1. Buah limau

Limau atau citrus merupakan sumber anti oksida, vitamin dan nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan badan manusia.  Khasiat utamanya termasuk vitamin C, serat, folat dan kalium. Selain itu, limau juga berupaya menjaga kesihatan badan dan mempengaruhi emosi seseorang menjadi lebih baik.

2. Brokoli

Brokoli kaya dengan vitamin C. Kandungan ini dapat meningkatkan daya tahan tubuh untuk menghindarkan kita dari pelbagai penyakit. Walaupun tidak mempunyai rasa yang dominan, brokoli boleh dimasak dengan cara rebusan, kukus atau diolah menjadi masakan dan dimasukkan di dalam sup. Brokoli juga dikenali sebagai sayuran sehat yang kaya manfaat. Brokoli memiliki kandungan nutrisi yang pelbagai. 

3. Bawang putih

Bukan sahaja menambah rasa dalam masakan, bawang putih diketahui umum mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Salah satu daripadanya adalah untuk menguatkan sistem imunisasi badan, membaiki perjalanan darah, menurunkan tekanan darah dan menjauhkan penyakit jantung.

4. Halia

Khasiat utama pengambilan halia terletak pada kesan anti oksida, mengelakkan keradangan dan memberi perlindungan maksimum pada kekebalan tubuh. Halia juga mempunyai vitamin C dan magnesium yang baik untuk ketahanan badan melawan penyakit.

5. Bayam

Antara sayuan paling biasa ditemui di tempat kita. Bayam kaya dengan nutrisi seperti vitamin dan kandungan mineral yang baik untuk ketahanan badan dan pertumbuhan sel. Kandungan vitaminnya terdiri daripada A, C, B Kompleks, K dan E. Manakala kandungan mineral pula adalah magnesium, zat besi, asam folat, kalsium, potasium dan sodium. Bayam juga mengandung banyak serat dan antioksidan.

6. Yogurt

ogurt adalah makanan yang tinggi probiotik, bakteri baik yang membantu melancarkan pencernaan. Yogurt memiliki kandungan vitamin B kompleks, magnesium, kalium, fosfor, zat besi, selenium dan zink. Kandungan vitamin B12 pada yoghurt juga bermanfaat untuk membantu sistem saraf berfungsi dengan baik dan melindungi daripada penyakit jantung.

7. Kacang Almond

Berasal dari Timur Tengah, kacang almond merupakan sejenis kacang yang paling popular di dunia. Ia biasanya boleh terus dimakan atau diolah menjadi pelbagai sajian. Kacang almond diakui kaya dengan protein, vitamin E, vitamin B2, magnesium dan juga fiber yang menjadi benteng pertahanan badan.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here