Artikel The Guardian mengelirukan: Istana Negara

0
53

CYBERJAYA – Istana Negara menegaskan artikel dalam ruangan lidah pengarang bertajuk, ‘The Guardian view on a royal coup: a king overturns a historic election’ yang diterbitkan pada 3 Mac lalu oleh akhbar harian Britain, The Guardian adalah mengelirukan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, pertama sekali Istana Negara ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara yang telah memberikan respon segera terhadap artikel itu.

Beliau berkata, sokongan padu dan tidak berbelah-bahagi yang diberikan oleh semua rakyat Malaysia akan mendorong Istana Negara untuk bekerja lebih keras dalam menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, saya terkejut dengan ketidaktepatan dan nada mengelirukan artikel dalam ruangan lidah pengarang oleh syarikat media terkemuka berpangkalan di UK ini khususnya atas hakikat bahawa perkara pokok, Demokrasi Berparlimen Malaysia adalah berdasarkan sistem ‘Westminster’.

“Lidah pengarang ini telah memaparkan laporan yang mengelirukan tentang proses pelantikan Perdana Menteri baharu oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam saru kenyataan di sini hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here