Covid-19: ATM mula digerakkan Ahad ini

0
70

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu pihak polis menguat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan di seluruh negara.

Perkara tersebut diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan pematuhan rakyat berada di dalam kediaman masing-masing.

“Dalam isu ini, Menteri Kesihatan mempunyai bidang kuasa untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tentera dan polis,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Penjelasan Ismail merujuk kepada Seksyen 5 Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here