Bank Islam sumbang RM1 juta kepada Tabung Musa’adah Covid-19

0
81

PUTRAJAYA – Tabung Musa’adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menerima sumbangan sebanyak RM1 juta daripada Bank Islam Malaysia Bhd., menjadikan kutipan tabung berkenaan berjumlah kira-kira RM1.5 juta sejak dilancarkan pada 24 Mac lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, agihan tabung berkenaan akan disalurkan antaranya kepada mereka berpendapatan kurang daripada RM2,500, serta petugas barisan hadapan.

Pada majlis itu hari ini, Zulkifli menyampaikan sumbangan daripada tabung tersebut kepada petugas barisan hadapan dari Kementerian Kesihatan (KKM), pasukan pengurusan jenazah dan golongan berpendapatan rendah B40 yang terjejas akibat wabak itu.

Memetik laporan Bernama, Zulkifli berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga merancang untuk menyampaikan sumbangan daripada tabung berkenaan kepada Orang Asli di Cameron Highlands esok.

“Sumbangan ke tabung berkenaan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam Malaysia Bhd. (16027010001528) atas nama Tabung Bencana Alam dengan rujukan derma Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here