Bayaran balik PTPTN ditangguh 3 bulan

0
29

CYBERJAYA – Kerajaan menangguhkan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam selama tiga bulan ekoran penularan Covid-19.

PTPTN dalam kenyataan hari ini berkata, penangguhan bayaran itu berkuat kuasa-serta sehingga 30 Jun 2020.

“Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan sebanyak RM375 juta.

“PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam,” katanya.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03-21933000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here