Bayaran ERP RM600 terus ke akaun pekerja

0
184

CYBERJAYA – Bayaran sebanyak RM600 menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) akan disalurkan ke akaun pekerja bagi majikan yang menghentikan operasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sehingga 31 Mac ini.

Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji itu.

“Disini dijelaskan bahawa pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan tidak perlu memohon kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank mereka oleh majikan masing-masing.

“Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka,” katanya dalam hantaran akaun Facebook milik beliau malam tadi.

Mohamed Azmin menambah, majikan akan menerima bayaran dari Pertubuhan Keselamatan sosial (Perkeso) dan wajib mengkreditkan RM600 itu ke dalam akaun pekerja mereka dalam tempoh tujuh hari.

“Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac lalu.

“Ia juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan,” jelasnya.

Untuk mengetahui atau pertanyaan lanjut boleh menghubunfi di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada perkeso@perkeso.gov.my atau menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/

Semalam, Perkeso menerusi kenyataannya memaklumkan Peruntukan sebanyak RM120 juta disediakan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan
(ERP) bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Agensi itu menjelaskan, bantuan kewangan sementara dengan kadar rata sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan itu akan diberikan kepada pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here