Covid-19: 27 kes memerlukan bantuan pernafasan

0
29

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 27 kes positif Covid-19 masih memerlukan rawatan bantuan pernafasan.

Menurutnya, sehingga kini 57 kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU.

“Daripada jumlah tersebut 27 kes memerlukan rawatan bantuan pernafasan.

“Manakala terdapat 20 kes yang telah pulih dan dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih daripada Covid-19 dan discaj dari wad sebanyak 159 kes,” katanya.

Noor Hisham berkata, kematian ke-11 merupakan kes ke 1,070 berumur70 tahun warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dirawat di Hosptital Cancelor Tuanku Muhriz.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada  22 Mac pukul 9.05 malam.

“Kes kematian ke- 12 pula merupakan kes 114, berumur 72 tahun merupakan jemaah tabligh.

“Manakala kes kematian ke-13 merupakan kes 1,006 berumur 49 tahun, lelaki, merupakan anak kepada kes 1,031.

“Dalam pada itu, seorang wanita berumur 51 tahun turut dilaporkan meninggal dunia berkait rapat dengan kontak positive Covid-19 dari kluster tabligh,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here