Covid-19: 83 rakyat Malaysia akan dikuarantin

0
37

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Seramai 83 rakyat Malaysia yang menyertai himpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia akan disaring di pintu masuk negara sebelum dikuarantin selama 14 hari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ke semua peserta himpunan itu akan dikuarantin di pusat kuarantin yang telah digazetkan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

“Kita maklum ada 83 rakyat Malaysia di Sulawesi dan kita telah mengambil keputusan kalau mereka pulang ke negara, kita akan letak mereka di pintu masuk untuk di saring dan seterusnya mereka kita akan kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah kita gazetkan.

Ini mandatori kerana kita pasti mereka ke negara yang mempunyai insiden Covid-19,” katanya pada sidang media khas, sebentar tadi.

Hari ini, media melaporkan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia membabitkan ribuan masyarakat Islam di wilayah Sulawesi Selatan dibatalkan berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.
Himpunan itu dijadualkan berlangsung di Gowa, berdekatan bandar Makassar.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here