Covid-19: Maldini dan anak antara disahkan positif

0
53
Paolo Maldini (kiri) dan anaknya, Daniel (kanan) merupakan antara individu disahkan positif Covid-19 di Itali.

CYBERJAYA – Pemain lagenda Itali, Paolo Maldini mendedahkan dia dan anaknya merupakan antara individu yang disahkan menghidap Covid-19, semalam.

Kelab AC Milan dalam satu kenyataan berkata, Maldini yang kini menjawat jawatan Pengarah Teknikal kelab tersebut, dan anaknya, Daniel yang bermain dalam pasukan remaja kelab itu, kini sedang dalam kuarantin.

“Paolo dan Daniel sedang menjalani kuarantin sehingga arahan selanjutnya dari pihak perubatan,” kata kenyataan tersebut.

Maldini, 51, merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia yang pernah mewarnai dunia bola sepak.

Sementara itu, seorang lagi pemain Juventus, Paolo Dybala turut disahkan sebagai salah seorang penghidap wabak berkenaan.

Paolo Dybala.

Pemain Argentina berusia 26 tahun itu berkata, dia dan teman wanitanya, Oriana Sabatini sedang menjalani arahan kuarantin.

“Hi semua. Saya ingin maklumkan kepada anda semua bahawa kami telah menerima keputusan ujian Covid-19, dan keputusan ujian menunjukkan saya dan Oriana positif,” kata Dybala menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya.

Dybala merupakan pemain Juventus ketiga disahkan positif selepas Daniele Rugani dan Blaise Matuidi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here