Covid-19: Spritzer ambil langkah pencegahan skala penuh

0
93

CYBERJAYA –  Pengeluar air mineral, Spritzer Bhd. (Spritzer) mengambil langkah pencegahan berskala penuh dalam mencegah penyebaran wabak Covid-19 di syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer, Kenny Lim berkata, langkah diambil meliputi premis perniagaan utama dan barisan pengeluaran sebagai sebahagian langkah berjaga-jaga.

Menurut beliau, ia berikutan jumlah tenaga kerja yang ramai selain menekankan tahap kebersihan tinggi dalam semua operasi pengeluarannya.

“Dengan menjalani proses sanitasi dan langkah pencegahan awal, Spritzer berharap dapat menghilangkan sebarang potensi risiko kesihatan dan maklumat salah mengenai keselamatan.

“Selain itu amalan yang boleh menyebabkan gangguan kepada perniagaan serta reputasi syarikat dan paling penting ialah kebajikan para pekerja dan para pelanggannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Lim, sebagai tambahan, dalam situasi mendesak selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, syarikat itu akan memastikan kelancaran dan kesinambungan pengeluaran minuman air bersih tidak akan terjejas.

“Ini kerana perniagaan Spritzer disenaraikan antara perkhidmatan penting di dalam situasi ketika ini.

“Proses sanitasi telah dijalankan dalam semua premis Spritzer dan ia memberi contoh kami sebagai warga korporat mengambil tanggungjawab sosial korporat yang mengambil serius terhadap tahap kesihatan dan langkah keselamatan,” ujarnya.

Beliau berkata, ini bagi memastikan kesemua produk dan para pekerja adalah bebas daripada sebarang jangkitan selain kesemua produk memenuhi piawaian kebersihan ketat yang menjadi keutamaan sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurut beliau, bagi orang ramai yang berhubung dengan kakitangan syarikat itu, pihaknya tidak mengambil mudah sebarang usaha melibatkan kesihatan dan keselamatan pelanggan serta pekerja yang ini menjadi keutamaan penting.

“Adalah penting bagi syarikat memastikan tahap kebersihan dan kebajkan pekerja berada di tahap tertinggi.

“Tahap kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan penting ketika ini agar para pelanggan boleh menikmati produk Spritzer dan menjalani aktiviti masa lapang dalam keadaan tenang,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here