[VIDEO] Covid-19: Warga Gaza doakan kesejahteraan Malaysia dan dunia

0
45

CYBERJAYA – Situasi gawat di Malaysia yang dilanda wabak Covid-19 turut menjadi perhatian warga Gaza, Palestin.

Tular dalam media sosial hari ini, video yang memaparkan sekumpulan warga Gaza mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia dan dunia amnya daripada wabak itu.

Persahabatan erat di antara rakyat kedua-dua buah negara ini tidak dapat dinafikan kerana Malaysia sering menjadi antara negara pertama menghulurkan bantuan kepada Palestin, khususnya masyarakat Gaza yang hidup dalam kepungan rejim Zionis.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 900 kes positif Covid-19 dengan dua kes kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here