Ebit Liew sumbang pendingin udara mudah alih untuk Hospital Shah Alam

0
70

Penceramah bebas, Ebit Liew (kanan) menyumbangkan empat pendingin udara mudah alih kepada kakitangan Hospital Shah Alam, semalam.

CYBERJAYA – Terkesan dengan pengorbanan kakitangan hospital yang bertugas siang dan malam, penceramah bebas, Ebit Liew tampil menyumbang alat pendingin hawa mudah alih untuk keperluan kakitangan Hospital Shah Alam, semalam.

Bantuan empat buah pendingin udara mudah alih itu disumbang oleh beliau untuk doktor dan jururawat yang bertugas di unit saringan Covid-19.

Dalam video berdurasi tiga minit itu, Ebit Liew yang tiba bersama sebuah lori turut bertanyakan kakitangan hospital tentang peralatan lain yang diperlukan.

“Ya Allah.. Dapat tahu yang mereka perlukan pendingin hawa mudah alig. Terus belikan empat unit untuk Hospital Shah Alam. Tiga saya beli sendiri dan satu daripada Datuk Zainal dan Kak Dini.

“Nak melangkah keluar rumah je dah berdebar. Macam manalah mereka ini semua begitu kuat melalui semua ini. Mereka sedang berjihad.

“Bantulah beri mereka sihat selamat. Kita pula duduklah di rumah dan doakan mereka. Dengar nasihat dan saling mendoakan ya,”‘ katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook miliknya yang mendapat 145,000 tanda emosi.

Ebit turut mendoakan kakitangan yang bertugas menjaga pesakit Covid-19 dilindungi Allah dan diberikan ganjaran syurga.

“Selamatkanlah para doktor dan petugas barisan depan yang berkorban menjaga kita semua.

“Ya Allah kami dengar dari nabi orang yang menjaga orang lain tiada balasan lain untuk mereka melainkan syurga. Engkau selamatkan mereka ya Allah. Pelihara keluarga mereka. Selamatkan setiap petugas yang bertugas,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here