Euro 2020 ditangguhkan ke tahun hadapan

0
17

Euro 2020 ditangguhkan ke tahun hadapan

CYBERJAYA – Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kejohanan Bola Sepak Euro 2020 hingga ke tahun hadapan.

Menurut portal berita The Guardian, penangguhan tersebut diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Norway.

Kejohanan tersebut, yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun hingga 12 Julai ini di 12 buah negara Eropah yang telah layak ke pusingan akhir kejohanan, ditangguhkan akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia.

“UEFA telah membuat keputusan untuk menangguhkan Euro hingga ke 2021.

“Tarikh baharu kejohanan adalah 11 Jun hingga 11 Julai tahun hadapan,” kata badan bola sepak tersebut dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here