(Galeri) PKP : Masih ada ingkar dengan arahan

0
172

CYBERJAYA – Semua pihak perlu memberi kerjasama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Ketika ini masih terdapat segelintir sikap masyarakat yang gagal mematuhi arahan berkenaan dengan berada di tempat awam tanpa sebab munasabah sehingga menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya dan lokasi hab pengangkutan awam.

Orang ramai bukan sahaja perlu mematuhi nasihat ‘duduk di rumah’ tetapi aspek penjarakkan sosial terutama ketika berada di tempat terbuka seperti pasar awam dan pasar raya bagi mengekang Covid-19

Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang tidak mematuhi arahan berkenaan berisiko tinggi dan dibimbangi akan meningkatkan jumlah kes Covid-19. Orang ramai dinasihatkan agar kekal di rumah dan tidak pulang ke kampung halaman masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan oleh Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan memberi masa buat pesakit Covid-19 sembuh sekali gus mengelak daripada berlaku jangkitan baharu.

orang ramai tidak melakukan jarakan sosial 1 meter ketika membeli barangan di pasar terbuka. – Gambar Media Sosial
Peniaga masih lagi melakukan urusan jual beli di tempat terbuka tanpa jarakan sosial 1 meter – Gambar Media Sosial.
Tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan melakukan aktiviti riadah di tempat terbuka. – Gambar Media Sosial.
Tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan melakukan aktiviti riadah di tempat terbuka. – Gambar Media Sosial.
Sikap degil dan tidak mematuhi arahan oleh sesetengah masyarakat mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Jalan Loke Yew. – Gambar Media Sosial.
Sikap degil dan tidak mematuhi arahan oleh sesetengah masyarakat mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan. – Gambar Media Sosial.
Sikap degil dan tidak mematuhi arahan oleh sesetengah masyarakat mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan. – Gambar Media Sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here