(Galeri) Terima kasih barisan hadapan Malakat Mall

0
149

RAUDHAH CITY – Tugas sebagai sukarelawan tidak kira mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kali ini lebih sukar kerana mereka tidak nampak ‘musuh’ nyata berbanding bencana alam atau kemalangan.

Namun sukarelawan Zero Hunger tetap meneruskan perjuangan mereka yang tidak kira mengira penat lelah dan bahaya.

Menurut Pengarah Food and Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari menerusi perkongsian dalam akaun Facebook miliknya hari ini berkata, misi kali ini agak mencabar kerana mereka berhadapan dengan ancaman yang tidak nampak.

“Biasanya misi banjir, misi gempa, misi kebakaran kita lebih bersedia kerana boleh nampak. Tetapi untuk misi Covid-19 ini kita tidak nampak bahaya datang dari mana.

“Saya doakan semua (sukarelawan Zero Hunger) sentiasa dilindungi Allah,” katanya menerusi hantaraan dalam akaun Facebook miliknya.

Zero Hunger merupakan sebuah program membantu golongan memerlukan termasuk B40 yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan dalam membendung wabak Covid-19 di negara ini.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan layari www.sadaqahmarket.comhttp://www.sadaqahmarket.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here