Hantar roti canai terbang Malakat Mall terus ke rumah

0
141

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA- Siapa yang merindui roti canai terbang air tangan anak Melayu di Malakat Mall kini boleh menikmati hidangan itu di rumah.

Pengarah Food & Baverage Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, peminat roti canai terbang yang pernah tular sebelum ini boleh membuat pesanan dalam talian terus bermula Khamis ini.

Menurutnya, pasukan penghantaran segera dipanggil ‘Malakat Cloud Kitchen Delivery Service’ diwujudkan bagi menghantar setiap pesanan dengan minima pesanan sekitar RM15 hingga RM20 sekitar kawasan Cyberjaya, Putrajaya dan Putra Perdana.

“Buat masa ini kami menumpukan tiga kawasan itu dahulu memandangkan kami kini sedang menyiapkan ‘cloud kitchen of all our brand’.

“Dimana dapur ini hanya digunakan untuk penghantaran melalui pesanan dalam talian dan menggunakan aplikasi Whats App,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kelainan yang dibawa pada menu roti canai ini bercirikan lembut sampai ke petang dengan harga bermula RM1.50 sekeping.

Katanya, ini kerana pihaknya menggunakan perkhidmatan penghantaran segera mereka.

“Memandangkan terdapat banyak permintaan roti canai sejak akhir-akhir ini, kami mahu merealisasikan impian pelanggan menikmati roti canai terbang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi kami akan bawakan roti canai dalam ‘heat container’ untuk mengekalkan kepanasannya terus ke rumah anda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelanggan yang berminat bolehlah membuat pesanan bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang untuk pra pesanan sehari awal bagi penghantaran ke rumah dan juga ‘pick and go’.

Katanya, pesanan boleh dibuat terus ke nombor hotline Malakat Cloud kitchen Delivery Service di talian 016-2189530.

Sebelum ini roti canai berkenaan beroperasi di sebuah kedai di pusat beli belah BMF pertama Malakat Mall dan ia dimiliki oleh cef terkemuka, Zainal Abidin Yahya atau ‘Cef Zack’.

Cef Zack sebelum ini pernah menampilkan kelainan dengan menyediakan roti canai terbang dan teh tarik ‘roller coster’ selain nasi kandar asli Pulau Pinang yang menggunakan resipi istimewa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here