Kabinet yang tiada Timbalan Perdana Menteri?

0
87

Elok juga jika Kabinet yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada jam 500 petang ini mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari diisi oleh mana-mana pemimpin.

Antara kebaikan mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ini adalah:

Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, jadi meniadakannya terus adalah tidak menyanggahi mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu jawatan yang sering menjadi rebutan di antara ahli-ahli politik di dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini, jadi meniadakannya terus akan menghilangkan satu punca pertikaian.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu jawatan yang memerlukan kepada perjawatan-perjawatan khas di samping beberapa keistimewaan lain, jadi meniadakannya terus akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri akan membolehkan fokus ditumpukan sepenuhnya kepada urusan pentadbiran, tanpa adanya kemungkinan untuk berlakunya politiking oleh penjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri akan membolehkan semua parti politik yang menyertai kerajaan mempunyai peluang untuk mendapat layanan sama rata, termasuk peluang untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Jika benar jawatan Timbalan Perdana Menteri dikosongkan, ucapan tahniah wajar diberikan kepada Perdana Menteri kerana berani lari dari amalan konvensyen untuk membuat perubahan ini.

Dr. Kamarul Zaman Yusoff

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here