Konglomerat kosmetik dan fesyen bantu lawan Covid-19 di Eropah

0
36

CYBERJAYA – Beberapa konglomerat fesyen dan kosmetik Eropah mula mengoptimakan rangkaian dan pembuatan mereka bagi membantu melawan Covid-19.

Menurut portal The Guardian, pemilik jenama Louis Vuitton, LVMH telah mengubah suai kilang pembuatan minyak wangi Christian Dior, Guerlain dan Givenchy miliknya bagi menghasilkan produk sanitiser untuk hospital di Perancis secara percuma.

Sementara itu, rangkaian fesyen Sepanyol, Zara telah mengerahkan pusat logistik dan pembuatannya menghasilkan 300,000 topeng muka bagi dibekalkan kepada pihak berkuasa kesihatan pada hujung minggu ini.

Rangkaian itu turut menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan fabrik bergred perubatan bagi digunakan untuk membuat gaun petugas hospital.

Sementara itu, Nivea telah memulakan pembuatan penyahkuman gred perubatan bagi diedarkan di seluruh Eropah.

Menurut pemilik jenama tersebut, Beiersdorf yang beribu pejabat di Jerman, pembuatan dilakukan di dua buah kilang di negara tersebut dan sebuah lagi di Sepanyol.

Pengeluaran tersebut dijangka akan menghasilkan kira-kira 500 tan hand sanitiser yang akan dibekalkan ke klinik, hospital, kakitangan perubatan dan perkhidmatan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here