Liga Perdana Inggeris ditangguhkan hingga 30 April

0
24

CYBERJAYA – Pengurusan Liga Perdana Inggeris telah membuat keputusan untuk menangguhkan semua perlawanan bola sepak professional bagi kempen liga 2019-2020 sehingga 30 April 2020.

Keputusan sebulat suara itu dicapai bersama antara pengurusan Liga, persatuan bola sepak, Liga Profesional Wanita, Persatuan Pemain Profesional dan Persatuan Pengurusan Liga.

Menurut portal The Mirror, kesemua pihak yang terlibat dalam perbincangan tersebut turut sepakat dalam komitmen mereka untuk menghabiskan baki kempen liga.

“Kami sepakat dalam menunaikan komitmen kami untuk menghabiskan baki perlawanan kempen 2019-2020 dan memastikan supaya semua perlawanan peringkat domestik, peringkat liga benua dan piala domestik diadakan sebaik sahaja keadaan selamat,” kata kenyataan pihak Liga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here