Luar kawasan pasar tumpuan di Pulau Pinang diarahkan henti operasi esok

0
50
Pihak polis terpaksa dikerahkan ke Pasar Air Itam di Pulau Pinang untuk menyuraikan orang ramai yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok semua aktiviti perniagaan di luar kawasan pasar di beberapa lokasi tumpuan orang ramai di Pulau Pinang akan dihentikan.

Menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang, lokasi pasar terlibat ialah Pasar Air Itam, Pasar Bayan Baru dan Pasar Jalan Perak.

Katanya, bagi Pasar Jelutong pula hanya gerai sayur dibenarkan dibuka.

Tindakan segelintir pengunjung di Pasar Air Itam di Pulau Pinang tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan boleh menyebabkan virus Covid-19 tersebar lebih cepat

“Hentikan perniagaan di luar kawasan pasar berkuat kuasa Ahad, 22 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keempat hari ini, masih terdapat banyak pihak yang ingkar dan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap larangan tersebut.

Dalam beberapa rakaman video yang tular dalam media sosial terdapat beberapa lokasi di Pulau Pinang antaranya Pasar Air Itam yang tetap dikunjungi orang awam meskipun kerajaan telah mengarahkan supaya duduk di rumah dan tidak ke mana-mana jika tiada keperluan mendesak. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here