Menanti barisan Kabinet perpaduan ummah

0
64

Petang ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan barisan Kabinet yang akan mengemudi pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas tumbangnya Pakatan Harapan (PH) 24 Februari lalu.

Dibawah Perikatan Nasional (PN), rakyat menanti siapakah anggota Kabinet yang akan bersama Perdana Menteri dalam memulihkan semula pelbagai perkara yang berlaku dalam kerajaan sebelum ini.

Cakap-cakap orang politik dan juga rakyat marhaen sudah berlegar sejak 1 Mac lalu siapakah anggota Kabinet yang akan berada di Pusat.

Pelbagai spekulasi timbul. Adakah Muhyiddin akan memilih semula ahli-ahli Parlimen daripada UMNO yang terpalit dengan pendakwaan di mahkamah dalam barisan Kabinetnya.

Ahli-ahli Parlimen Pas tidak kurang hebatnya dari segi kelayakan akademik. Mereka mempunyai pelbagai latar belakang yang boleh menyertai Kabinet Muhyiddin.

Walaupun kebanyakan mereka masih dalam prosiding mahkamah adalah lebih ‘cantik’ Perdana Menteri memilih anggota Kabinetnya yang bersih serta berintegriti.

Beberapa portal berita yang menganalisis tentang jawatan nombor dua dalam senarai Kabinet mungkin ditiadakan.

Seorang penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff menyatakan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, jadi meniadakannya terus adalah tidak menyanggahi mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai rakyat, kita menyerahkan kepada Muhyiddin untuk memilih barisan Kabinetnya.

Yang penting kepentingan umat Islam terus dipelihara. Jadikan panduan apa yang telah berlaku pada kerajaan terdahulu.

Rakyat memerhati dan paling penting tiada pusingan-U dalam setiap keputusan dibuat. Telitilah dengan segala aspek supaya penyampaian itu dapat difahami oleh rakyat. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here