‘Mereka wira kita’

0
271

CYBERJAYA – Barisan hadapan negara merupakan nadi penting dalam memastikan penyebaran wabak Covid-19 dapat dibendung jika rakyat bekerjasama mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Selain pasukan keselamatan dan petugas Kementerian Kesihatan, pasukan pengurusan jenazah juga turut memainkan peranan dalam menyempurnakan jenazah mangsa Covid-19 yang meninggal dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat ciapan dalam akaun Twitter milik beliau dengan memuat naik tiga gambar pasukan pengurusan jenazah mangsa Covid-19 dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Mereka adalah antara wira-wira kita. Ini pasukan pengurusan jenazah mangsa #Covid-19 Jawi,” ciapan beliau malam tadi.

Zulkifli berkata, tiga petugas tersebut bertanggungjawab menguruskan jenazah terbabit iaitu Ustaz Indra Faizal Abdul Rahim, Ustaz Muhammad Afif Jamal dan Ustaz Mohd. Fakru Razi Mohd. Yusof

Beliau juga mendoakan semoga semua urusan dipermudahkan Allah SWT dan dianugerahkan kepada mereka ganjaran yang besar di sisi-Nya atas pengorbanan ini.

“Bagaimana kita ingin membantu mereka? Sebar luaskan kempen #StayAHome (Duduk di rumah) ke segenap pelusuk bandar dan kampung,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here