Nasib pekerja kontrak perkhidmatan dibela

0
41

CYBERJAYA – Nasib kebajikan pekerja yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada mereka dalam perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak di sekolah, institut pengajian tinggi awam (IPTA), institutsi latihan awam serta agensi-agensi kerajaan termasuk badan berkanun.

Menurut beliau, kerajaan bersetuju membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun pekerja tidak hadir bekerja.

“Lebih 80,000 pekerja akan menerima manfaat daripada inisiatif ini melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.

“Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh kontrak perkhidmatan yang berkenaan selama sebulan sebagai ‘trade-off’ dengan tempoh PKP,” katanya ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here