Pendakwaan kes Najib, Rosmah diteruskan

0
19
Gopal Sri Ram

CYBERJAYA – Peguam terkenal, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengesahkan diberi ‘lampu hijau’ oleh Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Idrus Harun untuk meneruskan proses pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu terkenal lain.

Memetik laporan portal FMT, Sri Ram berkata, arahan yang diterimanya menyebut pendakwaan tersebut berjalan seperti biasa termasuk pendakwaan akan datang.

“Ini merupakan arahan yang diterima oleh saya,” katanya ringkas.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebelum ini diberi tugas khas oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Thommy Thomas untuk mengetuai pendakwaan terhadap Najib dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Selain itu, Sri Ram juga mengetuai pendakwaan kes rasuah terhadap isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here