PKP: Peguam cadang perintah berkurung tempoh tertentu

0
82


Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran melaksanakan perintah berkurung atau ‘curfew’ dalam tempoh tertentu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tindakan tegas membendung penularan Covid-19.

Memetik laporan Berita Harian, Pengamal undang-undang, Datuk Naran Singh berkata, perintah berkurung itu boleh dilaksanakan pada tempoh antara 8 malam hingga 6 pagi setiap hari bagi memastikan tiada langsung pergerakan individu di luar kecuali membabitkan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat.

Menurutnya, tempoh masa dua jam contohnya antara pukul 8 hingga 10 pagi pula hanya dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan rumah dengan pasar raya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap pembelian.

“Dalam keadaan ini, kerajaan kena mencontohi langkah tegas dilaksanakan China dan perintah berkurung itu amat penting…kerajaan tidak perlu ‘takut’ dengan rakyat lagi.

“Laksanakan perintah berkurung sekurang-kurangnya 10 jam sehari untuk kita putuskan transmisi wabak itu, ini kerana saya lihat masih ramai lagi rakyat yang tetap keluar dan tidak mengendahkan PKP.

“Jika nak beli barangan keperluan rumah pun, tidak boleh beramai-ramai masuk sekali sebaliknya pasar raya harus menekankan penjarakan sosial dengan bilangan tertentu sahaja masuk, ” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh PKP yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini kepada 14 April sebagai tindakan drastik ekoran kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19.

Pada masa sama katanya, bagi pelaksanaan perintah berkurung, mana-mana individu yang ingkar dicadang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah yang membolehkan pihak berkuasa menahan mereka sehingga tempoh 14 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here