Raudhah Grocer labelkan jarak selamat pelanggan

0
57

RAUDHAH CITY – Pengunjung yang datang membeli belah di Pasar Raya Raudhah Grocer dalam Malakat Mall di sini diminta mematuhi garisan merah yang menjarakkan diri mereka bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Dalam hantaran akaun Facebook pasar raya itu, label jarak selamat dibuat untuk pelanggan yang membeli belah di situ.

“Pastikan anda beratur mengikut jarak selamat garisan merah yang ada di kaunter bayaran.

“Sama-sama kita mainkan peranan masing-masing dalam tempoh 14 hari ini untuk memastikan kita dapat menangani penularan wabak Covid-19,” kata kenyataan itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, jika tak perlu keluar rumah dan stok bekalan habis, para pelanggan boleh membeli belah melalui dalam talian dan pasukan Malakat Delivery akan menghantar terus ke rumah mereka. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here