Tabung masjid, surau dimanfaatkan bantu anak kariah

0
46

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri mengumumkan tabung di 88 masjid dan 109 surau Wilayah Persekutuan dimanfaatkan dengan membantu anak-anak kariah yang memerlukan di bawah kelolaan

Menurutnya, usaha itu dilakukan sebagai inisiatif memperluaskan misi #MUSAADAHCOVID19 agar dapat dilaksanakan secara saksama.

“Kebajikan umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sentiasa menjadi prioriti saya.

“Saya mengarahkan Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memanfaatkan tabung masjid bagi membantu anak-anak kariah yang memerlukan bantuan kewangan.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga diminta untuk menyelaraskan perkara ini di semua masjid-masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, bagi pelaksanaan perkara itu di peringkat negeri, ia diserahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

“Saya amat meraikan sekiranya hal ini disambut dengan baik oleh semua pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau turut berkata, kebajikan petugas barisan hadapan tanpa mengira agama dan bangsa serta keperluan hospital di Wilayah-Wilayah Persekutuan juga tidak diketepikan. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here