Tiada akad nikah di Perak sepanjang PKP

0
63

IPOH- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengarahkan kesemua majlis akad nikah di negeri ini ditangguhkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin, berkata arahan selari dengan perintah bagi membendung penularan wabak berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa semua Majlis Akad Nikah sepanjang Tempoh Kawalan Covid-19 hendaklah ditangguhkan berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya dilaporkan Berita Harian.

Mohd. Yusop berkata, kesemua Pegawai Tadbir Agama (PTA) dipohon memberi kerjasama untuk mengambil maklum arahan berkenaan dan tindakan selanjutnya mengikut daerah masing-masing

“Dipohon semua PTA untuk memaklumkan kepada Jurunikah di bawah kawalan tuan-tuan PTA sekalian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here