Tolonglah bersikap jujur – Menteri Kesihatan

0
67
Petugas KKM terpaksa membersihkan fasiliti di sebuah klinik kesihatan selepas terdapat pesakit positif Covid-19

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan untuk bersikap jujur.

Beliau meminta semua pesakit yang datang menerima rawatan supaya tidak menyembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif Covid-19.

“Jika anda mempunyai gejala, hubungi pejabat kesihatan daerah terdekat terlebih dahulu untuk mengetahui fasiliti kesihatan yang patut anda kunjungi.

“Lihat bagaimana anggota kami perlu membersihkan salah sebuah Jabatan Pesakit Luar di fasiliti kesihatan setelah mengetahui seorang pesakit yang datang mendapatkan rawatan sebelumnya positif Covid-19. Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini,” katanya dalam satu status dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Lebih malang, katanya, ketika ini terdapat 12 petugas kesihatan didapati positif wabak penyakit itu.

Katanya, salah seorang daripada mereka kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here